Selamat Datang

PELAWAAN SRI DAMAI RESORT

Penginapan Eksekutif

Resort di dalam hutan kekal semulajadi, di tepian banjaran & sungai namun memiliki penginapan eksekutif ala hotel bertaraf bintang tinggi. Sesuai untuk para tetamu yang mahu lari dari kesibukan kota & terus kekal tenang abadi.

Persekitaran Kondusif

Suasana sekitar resort yang penuh dengan susun atur landskap menarik, hidupan flora fauna, haiwan ternak & ikan di kolam seperti berada di dalam perkampungan damai & selesa.

Kemudahan Eksklusif

Menyediakan prasarana eksklusif & kontemporari untuk tetamu tanpa diganggu atau terkacau dengan perkongsian luar. Tetamu akan merasai seakan layanan bertaraf tinggi & pengalaman yang tiada seumpamanya di tempat lain.

Perkarangan Kem Dominan

Tetamu layak beraktiviti di lokasi berkelompok yang menyediakan tapak-tapak kem statik & terbuka namun kekal dalam persekitaran selamat.

Tumbuhan & Dusun

Lebih dari 300 tumbuhan mekar & menjalar serta dusun buah-buahan yang sedia dipetik hasilnya dari dekat penginapan tetamu. Durian, nangka, cempedak, rambutan, pulasan, terap, jambu, avocado, markisa, pisang.

Hidupan & Ternakan

Ikan di kolam (baung, kelah, kerai, tilapia merah/hitam, patin, jelawat, lampam), rusa & kambing di kandang berbukit, burung-burung di sangkar (merak, merpati, nuri), ayam, itik & angsa bergerak bebas.

KEMUDAHAN & AKTIVITI

  • 1. Chalet

    Sri Damai Resort mempunyai kemudahan chalet seperti Chalet Eksekutif, Chalet Istimewa, Homestay & Dorm Eksekutif. Mampu menempatkan tetamu antara 2 - 30 orang. Tetamu boleh memilih suasana, pemandangan & latar belakang mengikut citarasa sendiri.

  • 2. Dewan Terbuka & Padang

    Kemudahan dewan yang boleh menempatkan peserta antara 80 - 120 orang & amat sesuai untuk acara kekeluargaan, suai kenal, jamuan makan, karaoke & lain-lain. Padang pula cukup untuk menampung aktiviti perkhemahan, sukaneka, acara padang & aktiviti riadah.

  • 3. Kolam Renang & Pancing

    Kolam renang bersaiz besar dengan tiga kedalaman berbeza sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa. Kolam pancing mempunyai pelbagai spesis ikan antaranya, Baung, Kelah, Kerai, Tilapia Merah/Hitam, Patin, Jelawat & Lampam. Pancing boleh disewa, bayaran masuk hanya RM10. Hasil tangkapan akan ditimbang sebelum dimasak atau dibawa pulang.

  • 4. Riverside

    Lokasi bermandi-manda & penginapan ditepi sungai. Kawasan yang sesuai untuk aktiviti riadah di sungai, perkhemahan, program jatidiri & lain-lain. Kemudahan chalet juga tersedia untuk tetamu yang mahu merasai suasana penginapan di tepi Sungai Inki.

    150

    Kapasiti Tetamu Dalam Masa Tertentu

    12

    Chalet, Hosmestay & Dorm Eksekutif

    14

    Chalet & Dorm Standard

    5

    ATV Auto & Manual

    PAPARAN

    Sri Damai Resort

    PENGURUSAN

    Sri Damai Resort

    Kenali lebih dekat Sri Damai Resort dengan menghubungi saya,

    Dato'Hj Ruslee Hashim
    Pemilik Resort

    Kenali lebih dekat Sri Damai Resort dengan menghubungi saya,

    Hani Mokhtar
    Pengurus Resort

    Kenali lebih dekat Sri Damai Resort dengan menghubungi saya,

    Amrullah Abdul Karim
    Eksekutif Jualan & Pemasaran

    HUBUNGI KAMI

    Sila hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan.

    Nama*


    Mesej*


    Pengurusan Web :

    • Selangor, Malaysia
    • +60195758393
    • mediasisinetwork@gmail.com
    • www.mediasisinetwork.com